Sahabat

Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi
Sahabat
kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara

Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha yang ESA
Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hati ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Terusakanlah perjuangan
Hingga ketitisan darah yang terakhir
Dan aku…masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku…terus menanti
Saat yang manis akan berulang kembali
Sahabat…

Dari sahabat untuk sahabat

Dalam dunia ni, kita tak punya sesiapa kecuali
diri kita sendiri. Tapi dalam kita bersendiri kita beruntung
kerana mempunyai seorang bergelar sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keihlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia. Tapi kita selalu terlupa akan hal itu.
kita cuma ambil kira tentang harapan dan perasan kita sahaja.

Kita rasa dikhianati bila dia tdak menepati janjinya
kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
bagi kita,itu alasannya utk menutup kesalahan dan membela diri.

Kita terlupa,kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti,
kerana ada juga janji yang kita tidak tepati.
kita beri beribu alasan memaksa dia menerima alasan kita.
waktu itu terfikirkah kita tentang perasaannya?
seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa...
tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang
sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kekecewaan
dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik becerita tentang diri kita
hingga kadang-kadang terlupa kawan kita
juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
pernahkah kita memberi peluang untuk menceritakan
tentang tentang rasa bimbangnya
rasa takutnya.

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana
dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan
dan berita gembiranya?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa
kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat bersandar bila terasa lemah,
agar tdak rebah?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari
hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati
dan perasaan kawan,kerana dia juga seorang MANUSIA.
dia juga ada rasa sedih dan kecewa.

Janganlah kita jadi seorang sahabat yang lebih mementingkan
keegoaan dan maruah dirinya sahaja.
beranggapan bahawa semua rakan-rakannya tidak memperdulikannya
membuat sahabat yang suatu ketika dahulu
pernah susah dan senang bersama
dan berada ketika kita dlm keadaan yang diperlukan
seperti sampah.

Ketahuilah sahabat bahawa tidak semestinya
orang yang bersama kamu sekarang ialah sahabat terbaikmu
dan membuang semua sahabat yg pernah disayangi
kerana jauh di sudut hati
seorang sahabat yang selalu memaafkan
apabila sekali dia benar-benar terluka
selamanya dia akan terluka

Jangalah kita menjadi sahabat yang
tidak pernah memikirkan kebaikan
dan keikhlasan sahabatnya yang lain.


P/s: wahai sahabat2ku, aku amat mencintai & menyayangi korang semua... semoga hari-hari gembira yang kita lalui ketika di IPT akan kembali dan semoga kita berupaya dan tabah serta diberi kekuatan apabila persahabatan kita diuji... sesungguhnya nilai persahabatan kita kini sedang diuji... maafkan aku sekiranya aku telah melukai hatimu serta mengguris hatimu samada scra sengaja ataupn x... maafkan aku wahai sahabat....